Kolesterol dapat dikategorikan kepada dua iaitu kolesterol baik dan kolesterol jahat. Kolesterol baik iaitu High Density Lipoprotein (HDL) sangat penting peranannya di dalam tubuh. Manakala kolesterol jahat iaitu Low Density Lipoprotein (LDL) yang tinggi boleh menyebabkan pelbagai risiko penyakit.
LDL vs HDL |
LDL dikenali sebagai kolesterol jahat kerana sifatnya yang mudah terjebak dalam pembuluh darah dan terlibat dalam peranan pembentukan plak dalam pembuluh darah. Plak ini menjadi faktor utama berlakunya penyakit jantung, strok, darah tinggi dan penyakit serius yang lain.
HDL dikenali sebagai kolesterol baik kerana ia berperanan dalam mengambil molekul LDL dari pembuluh darah kembali ke dalam hati. Hati seterusnya akan mengeluarkan molekul kolesterol ini bersama dengan garam hempedu ke kantung hempedu. Kompleks garam hempedu-kolesterol ini kemudiannya dikeluarkan daripada kantung hempedu ke sistem pencernaan, di mana garam hempedu akan diserap kembali dan kolesterol yabng tidak diserap dibuang melalui tinja.
Pembentukan plak dalam salur darah |
OMEGA-3 VS KOLESTEROL
Salah satu nutrisi penting untuk menyingkirkan LDL ialah omega-3 dan telah terbukti fungsinya untuk mengawal paras LDL dalam badan.
Omega-3 membantu meningkatkan jumlah kolesterol HDL yang akan mengawal kadar kolesterol LDL dan trigliserida. Lemak trigliserida mengalir di dalam darah. HDL akan menarik LDLdan trigliserida yang berlebihan untuk diangkut keluar daripada badan. Maka, kolesterol jahat yang mengalir dalam darah dapat dikurangkan dan aliran darah menjadi lancar.
Darah memainkan peranan untuk membawa nutrisi dari makanan dan oksigen ke seluruh badan. Tapi pergerakan nutrisi dan oksigen tadi akan terganggu jika ada halangan seperti pembentukan plak di dalam salur darah, maka 'makanan' tadi tidak dapat dihantar ke organ seperti jantung dan yang lain dengan sempurna. Jika 'makanan' tidak sampai ke jantung misalnya akibat salur darah tersumbat, boleh meningkatkan risiko serangan jantung. Jika 'makanan' tidak sampai ke otak misalnya disebabkan salur darah yang berhubung ke otak tersumbat, ia akan meningkatkan risiko serangan strok.
Dengan adanya HDL yang cukup, ia mengurangkan risiko pembentukan plak oleh LDL kerana ia mampu menyingkirkannya daripada badan. Dan untuk memastikan HDL ini cukup, pengambilan omega-3 perlu cukup. Mereka yang mengikut diet kaya omega-3 mampu meningkatkan kolesterol HDL dan menurunkan paras trigliserida dan LDL dalam darah.
CADANGAN
Ikan berlemak seperti salmon, sardin, trout, mackerel dan tuna merupakan pilihan terbaik kerana mengandungi sumber omega-3 yang tinggi. American Heart Association menyarankan memakan ikan minimum dua kali seminggu.
Western Human Nutrition Research Centre di San Fancisco telah melakukan penelitian di mana hasilnya menunjukkan bahawa diet yang mengambil salmon selama 20 hari dapat meningkatkan paras HDL sebanyak 10% dari angka normal.
Oleh itu, pastikan anda selalu menjaga paras HDL anda lebih tinggi daripada LDL dengan mengawal pemakanan anda dan pengambilan omega-3 yang cukup sama ada melalui makanan atau suppliment.
Antara sumber omega-3 |
Makanan lain yang telah dijalankan kajian selain ikan yang membantu mengurangkan kolesterol jahat ialah kayu manis, kekacang, buah-buahan, sayur-sayuran, anggur merah, jus lemon dan teh.
Anda juga boleh mengawal kolesterol dalam badan dengan mengawal apa yang anda makan. "Perut adalah punca utama segala penyakit"
Contoh makanan yang tinggi lemak dan kolesterol |