Sabtu, 20 September 2014

Pembelian Produk Melalui eSell

Edit Posted by with No comments
Shaklee telah memperkenalkan eSell untuk memudahkan pengguna-pengguna Shaklee membuat pembelian secara atas talian (online). Pembelian ini boleh dilakukan tanpa perlu menjadi ahli.


Anda cuma perlu klik link, pilih produk yang diinginkan, membuat pembayaran dan menunggu tempahan anda dihantar ke alamat pilihan anda. Sangat mudah, semuanya hanya di hujung jari.

Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana nak guna eSell ni kan??
Bertenang, tarik nafas. Jom baca tutorial saya cara menggunakan eSell kat bawah ni.

Sebagai contoh, saya pilih produk "Berat Badan Sihat". Anda boleh cuba klik pada link di bawah:


Sebaik anda klik link tersebut, anda akan dapat paparan seperti di bawah:

 
Anda boleh pilih English @ Melayu di bahagian kanan atas. Langkah yang perlu anda lakukan untuk membuat pembelian:

1) Klik AGREE selepas anda membaca dan memahami 'Online Ordering System'.
2) Klik NEXT untuk teruskan pembelian

 3) Tanda pada kotak produk yang anda inginkan. Anda boleh kosongkan untuk produk yang anda tidak mahu.
4) Masukkan kuantiti yang dikehendaki. Sistem akan 'auto' letak 1 untuk kuantiti. Jika anda mahu membeli lebih dari satu, letak kuantiti dan klik UPDATE.
5) Semak pilihan dan kuantiti yang anda buat, kemudian klik CHECKOUT

 
6) Isikan semua butir-butir di ruangan kosong untuk maklumat penghantaran. Pastikan maklumat penghantaran lengkap serta nombor telefon yang boleh dihubungi.
7) Semak maklumat yang telah diisi, kemudian klik CONTINUE.
  

8) Semak maklumat dan jumlah belian anda. Pastikan baki akaun Kad Debit mencukupi dan Kad Kredit anda tidak melebihi had untuk memudahkan transaksi.
9) Semak butirang penghantaran. Pastikan alamat lengkap dan betul. Kemudian klik PROCEED FOR PAYMENT


10) Masukkan maklumat Kad Debit atau Kad Kredit.
11) Klik CONFIRM PAYMENT setelah maklumat lengkap diisi.

 
12) Paparan seperti ini akan keluar. Anda perlu masukkan CODE yang dihantar ke telefon anda. Tunggu untuk proses, jangan tekan 'refresh' untuk elakkan gangguan ketika pembayaran dilakukan.


Sebaik sahaja anda melihat paparan seperti di bawah, tempahan anda sudah selesai. Salinan tempahan ini boleh dicetak untuk rujukan. Anda juga akan menerima salinan tempahan melalui email. Oleh itu, pastikan email yang diberi masih aktif dan boleh digunakan.


Mudahkan?? Sangat 'user friendly'. Cuma klik klik klik dan tunggu barang sampai melalui pos. Jimat masa dan tenaga. Biasanya order akan dihantar menggunakan Gdex.

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya ^^,


Di sini saya sertakan beberapa link untuk pembelian produk Shaklee mengikut kumpulan asas. Untuk cadangan set kesihatan lain, saya akan sentiasa update di sini dan juga di dalam post-post yang akan saya kongsikan dengan anda.










0 ulasan:

Catat Ulasan