Saya nak kongsi sikit tentang kepentinga suppliment yang mungkin anda perlu tahu. Ada di antara kita yang tertanya-tanya mengapa perlunya suppliment jika kita boleh ke klinik jika sakit atau tidak sihat. Mungkin juga ada di kalangan anda yang tidak peduli tentang kepentingan suppliment dalam kehidupan yang serba moden tapi penuh pencemaran ini.
Saya pernah tidak mengambil peduli tentang kepentingan suppliment tapi saya mengubah pandangan saya tentang pentingnya suppliment apaila alergic saya terhadap habuk hilang selepas mengambil VIT C. Saya juga termasuk dalam golongan yang tidak makan ubat. Apabila ditanya, saya jawab "tak nak la dadah.huhu". Ya, saya sedar tentang kandungan ubat sebab mak saya sendiri tak bagi kami adik-beradik terlalu kerap makan panadol tapi bila kami demam, mak suruh makan panadol ^^,
Disebabkan kedegilan saya untuk makan ubat apabila kurang sihat, saya pilih untuk ambil suppliment. Alhamdulillah, dalam setahun 1 atau 2 kali sahaja saya MC ^^,
Kenapa perlu suppliment jika ibu bapa kita sebelum ini tidak pernah mengambil suppliment sepanjang mereka membesarkan kita???
Persoalannya, adakah zaman mereka membesar sama dengan zaman kita??Adakah pencemaran ketika zaman mereka seteruk zaman kita??Bagaimana pula dengan pemakanan mereka ketika membesar berbanding dengan kita??Pernah anda terfikir tentang perbezaan ini??
Jom saya bagi contoh. Motor, jika digunakan dan diservis dengan baik setiap masa pasti dapat digunakan bertahun lama nya tanpa masalah. Tapi jika digunakan tanpa servis, pemeriksaan tayar dan sebagainya, pasti mendatangkan masalah pada waktu tertentu.
Pentingnya suppliment |
PENTINGNYA SUPPLIMENT
Kesihatan yang baik bergantung kepada pemakanan yang baik. Badan kita terdiri daripada berjuta sel yang membentuk organ lalu membentuk sistem untuk badan berfungsi dengan baik. Ia sentiasa memerlukan vitammin, mineral dan zat galian yang mencukupi bagi menjamin tahap kesihatan yang optima.
Pelbagai penyakit pada masa kini berpunca dari faktor pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang tidak sihat. Penyakit yang dulu mungkin dihidapi kerana keturunan, kini boleh dihidap oleh sesiapa tanpa ada sejarah dalam keluarga.
"Perut itu rumah penyakit. Pemakanan itu ubat utama"
(Riwayat Sahih Muslim)
- Kita sering terdedah kepada pencemaran alam sekitar dan bahan-bahan penyebab kanser. Air, udara, tanah, racun perosak, di mana-mana ada bahan tercemar dan radikal bebas.
- Badan kita memerlukan dos yang lebih bagi sesetengah nutrien apabila tidak sihat atau mengalami kecederaan. Ini penting untuk sistem imun dan baikpulih sel yang rosak.
- Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas atau tercemar dengan racun perosak, baja kimia dan bahan pengawet.
- Mengamalkan gaya hidup yang kurang sihat seperti merokok, kurang bersenam, makan lewat malam, tekanan kerja dan sebagainya boleh mengundang pelbagai risiko kesihatan.
- Kebanyakan rakyat Malaysia makan mengikut selera rasa bukan mengikut keperluan nutrien dan pemakanan seimbang.
- Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan seperti pengambilan kafein yang boleh menghalang penyerapan sesetengah nutrien ke dalam tubuh.
- Kehilangan nutrien dalam makanan melalui proses pengasingan, pembungkusan dan penghantaran. Penyimpanan di dalam peti sejuk dan cara memasak juga boleh mengurangkan nutrien dalam makanan.
- Penuaan pramatang
- Kelesuan
- Mudah mendapat penyakit dan jangkitan
- Keguguran rambut
- Osteoporosis
- Kulit bermasalah
- Dan banyak lagi...
Inilah faktor mengapa suppliment penting dalam diet pemakanan anda. Suppliment yang anda ambil haruslah suppliment semulajadi dan bebas bahan kimia dan selamat digunakan untuk kepentingan kesihatan.
Pilih suppliment anda dengan bijak |
0 ulasan:
Catat Ulasan