Ahad, 19 Oktober 2014

Bonus Shaklee

Edit Posted by with 2 comments
Shaklee menawarkan banyak bonus yang boleh memberi pendapatan kepada pengedar-pengedar. Untuk melayakkan setiap pengedar mendapat bonus yang ditawarkan, mereka perlu melepasi syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan dalam Pelan Jualan Shaklee.



 

PERSONAL SALE / BONUS
Bonus Peribadi adalah pendapatan yang dibayar oleh Shaklee berdasarkan jualan bulanan anda secara individu.
Untuk makluman, Shaklee tidak membayar anda untuk setiap 'downline' yang mendaftar di bawah anda kerana konsep Shaklee adalah 'product base'. Jadi bonus adalah berdasarkan jualan anda.


NET PERSONAL BONUS
Peratusan Bonus Peribadi akan ditentukan oleh jualan bulanan kumpulan anda. Peratusan ini akan meningkat, mencerminkan tanggungjawab kepimpinan yang semakin meningkat apabila anda menaja Pengedar baru ke dalam kumpulan anda.


LEADERSHIP BONUS
Bonus Kepimpinan akan diperoleh apabila anda berjaya melahirkan Pemimpin Jualan dari 'downline' pertama anda. Bonus ini dibayar kepada semua Pemimpin Jualan yang layak dan memenuhi keperluan prestasi untuk bonus ini.


CAR BONUS
Bonus kereta adalah dalam bentuk tunai, bukan dalam bentuk kereta. Anda boleh menggunakan wang ini mengikut keinginan anda termasuk membeli kereta idaman anda.

RANK INCENTIVE BONUS
Bonus yang anda akan peroleh apabila mencapat rank 'Coordinator' dan ke atas. Ia adalah Level-3 untuk Pemimpin Jualan.


CASH VOUCHER
Shaklee akan menawarkan Cash Voucher kepada Pengedar yang berjaya mencapai pencapaian tertentu. Cash Voucher ini juga kemungkinan akan diberikan kepada Pengedar dalam event yang dianjurkan oleh Shaklee.

BREAK AWAY INCENTIVE
Bonus yang anda akan peroleh apabila 'downline 1st level' anda menjadi Pemimpin Jualan atau 'Rank Up' dalam level 'leader'.

RANK UP INCENTIVE
Bonus yang anda akan peroleh apabila anda sendiri naik level. Untuk setiap level yang anda capai sebagai Pemimpin Jualan, anda melayakkan diri untuk bonus ini.


**CONFERENCE POINT**
Shaklee menawarkan tiga jenis reward kepada semua Pengedar yang telah menjadi Pemimpin Jualan iaitu 3C:

  • CASH
  • CAR --> Car Bonus
  • CONVENTION
Setelah anda menjadi Pemimpin Jualan, anda layak untuk mendapatkan ketiga-tiga reward ini. Untuk setiap Pemimpin Jualan yang mencapai target tertentu, Shaklee akan memberi reward dalam bentuk tunai untuk pencapaian mereka.

Shaklee akan menawarkan FREE TRIP kepada anda sekiranya layak. Convention / Free Local or International Trip ini ditentukan berdasarkan jumlah Conference Point anda. Setiap pencapaian anda dalam Shaklee, anda akan diberi Conference Point yang berbeza.

2 ulasan:

  1. Salam wani.. wahh, cakap pasal bonus, blink2 mata wawa..")

    BalasPadam
  2. ahaha~bukan takat blink2 ni.bersinar2 skali ^^,

    BalasPadam