STRESS PEMBUNUH SENYAP

Edit
Stress adalah perkara normal dalam kehidupan setiap individu. Apa yang membezakan adalah bagaimana kita menguruskan stress untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat. Stress berlaku di tempat kerja, rumah, pejabat kerajaan dan di mana-mana sahaja.

Stress berlaku di mana-mana, setiap masa

Apabila anda mengalami stress yang berpanjangan, daya tahan tubuh menjadi lemah dan mudah dihinggapi penyakit. Ia boleh membawa kepada reaksi psikologi dan emosi seperti insomnia, ragu-ragu, risau dan murung yang meninggalkan kesan pada tubuh badan.

Tahukah anda stress membawa kepada kemusnahan nutrien penting iaitu Vitamin C dan Vitamin B??

Oleh itu, stress perlu dikurangkan, dikawal dan dielakkan kerana stress yang kerap boleh memudaratkan kesihatan dan memberi kesan kepada orang sekeliling. Mereka yang mengalami stress disarankan mengambil vitamin anti-oxcidant (C dan E) dan vitamin B (B-Complex & Anti-oxcidant) kerana ia berupaya mengawal stress yang dialami oleh seseorang.


KAJIAN
Pelbagai kajian dibuat untuk mengaitkan hubungan antara penyakit dengan stress. Thomas Holmes dan Richard Rache, dua penyelidik Amerika telah mencipta Social Readjusment Rating Scale pada 1967 untuk mengukur stress/tekanan dihadapi manusia. Mereka mendapati kematian pasangan, perpisahan, masalah peribadi dan berkaitan keluarga meninggalkan kesan paling tinggi dalam hidup manusia.

Bagaimanapun kajian mereka ini tidak menunjukkan keadaan sama di Malaysia kerana ia mengambil kira faktor kepercayaan, budaya, keutamaan seseorang dan nilai hidup yang sentiasa berubah.

Satu cabang perubatan, psycho-neur immunology pula menunjukkan stress dijadikan faktor asas, menurunkan daya ketahanan badan, menjadikan badan lemah dan mudah dijangkiti penyakit.

Pada 1956 Dr Hans Selye, pakar endokrin Kanada membuktikan secara epidomologi kaitan antara stress dan barah usus. Kajiannya mendapati golongan ikhtisas seperti doktor, eksekutif perniagaan dan guru mudah mendapat penyakit ini.

Rawatan melalui pembedahan kurang berkesan kerana kebanyakan kes akan berulang. Tetapi apabila gaya hidup diubah, kurang menghadapi tegangan, mengamalkan diet sihat, kesan pemulihannya lebih berkesan.

Menurut kajian Ivan Pavlov, seorang pengkaji Rusia mendapati jika perasaan gembira, marah dan stress dapat dikawal, H.pylori (sejenis bakteria) tidak menimbulkan masalah di dalam perut. Melalui pemerhatian pesakit gastric, apabila marah atau menghadapi tekanan, dinding perut berkilat seolah-olah terbakar dan asid hidroklorik iaitu komponen jus gastrik akan keluar tanpa dipaksa dan mengganggu perut.



TINDAK BALAS TUBUH KEPADA STRESS
Menurut Anthony Yeo dalam bukunya Menangani Masalah Tekanan, tubuh manusia memiliki satu pola tindak balas penyelamat hayat—bertindak dalam pelbagai stress, yang ditemui oleh Selye. Apabila berada dalam keadaan stress, tubuh badan akan bertindak:
  • Sistem saraf simpatetik, salah satu daripada dua cabang utama sistem saraf automatik, menggerakkan kimia yang menyusun rembesan hormon.
  • Kelenjar pituari mengeluarkan hormon adrenocorticotropic (ACTH) ke dalam aliran darah.
  • Apabila ACTH sampai ke kelenjar tirenal yang terletak di atas buah pinggang, ia membentuk satu tindakan lalu merangsang pengeluaran adrenalin ke dalam aliran darah dengan sekumpulan hormon dipanggil corticoids. Kumpulan hormon ini menjadikan tubuh badan dalam keadaan terangsang.
  • Aliran darah ini membawa kimia tekanan kepada setiap sel, dalam tempoh lapan saat.
  • Pertambahan tindakan ini akan diberitahu kepada jantung paru-paru dan otot melalui arahan menjalar melalui urat saraf. 
  • Otot-otot menjadi lebih penuh dengan darah kerana saluran darah sempit dan meningkatkan tekanan darah. Pada waktu sama arah aliran darah juga diubah keterlaluan, menjadikan jari tangan dan kaki sejuk.
  • Rentak otot meningkat dengan cepat, menjadikan tindakan otot lebih cekap dan cepat.
  • Hati menukar glikogen yang tersimpan dalam bentuk glukosa yang diperlukan dengan banyak oleh otot dan otak.
  • Pernafasan meningkat lalu meningkatkan oksigen dalam darah untuk pembakaran glukosa dengan berkesan.
  • Jantung berdenyut cepat, menghantar bekalan darah berlebihan ke bahagian tubuh yang memerlukan.
  • Peredaran darah berubah radikal. Bekalan darah berlebihan di dalam perut dan usus segera dikurangkan untuk memberi laluan kepada keutamaan lain. Ini menyebabkan sistem penghadaman terjejas apabila tubuh mengalami tekanan berat dan berpanjangan.
  • Aktiviti otak ditingkatkan apabila darah menyerbu ke kepala. Ini membolehkan pengawalan kesedaran optimum tindakan tubuh badan. Sejumlah otak ditumpukan bagi menyedia tindakan, yang menjelaskan kesukaran berfikir pada peringkat abstrak ketika berada dalam keadaan gugup.
  • Pendengaran menjadi tajam.
  • Anak mata terbeliak, penglihatan lebih sensitif.
  • Agen pembekuan meningkatkan pemekatan darah.
Tekanan berpanjangan menyebabkan otot berkaitan membentuk simpulan yang menyebabkan kesakitan. Kesannya pening kepala atau migrain, sakit di tengkuk, bahu dan bahagian belakang badan.

Tindak balas tekanan ialah pergerakan kimia yang disesuaikan di dalam seluruh tubuh manusia untuk memenuhi keperluan dalam pergelutan kehidupan dan kematian atau untuk mendapatkan kebebasan yang pantas dalam keadaan itu. Tindak balas tekanan ini bergantung kepada penanggapan otak terhadap betapa parahnya keadaan. (Karl Albrecht, Stress and the Manager 1979).


TANDA-TANDA STRESS
  
1. Fizikal
  • Sakit kepala bergantung kepada tahap stress, ada yang menyebabkan migrain
  • Sukar untuk tidur dan masa tidur terganggu
  • Perubahan selera makan
  • Cepat letih walaupun tidak banyak melakukan pergerakan
  • Jantung berdebar-debar
  • Mudah mengalami sakit badan yang kurang jelas puncanya
2. Psikologi
  • Kegelisahaan perasaan
  • Berasa sangat bosan
  • Kemurungan dan mudah lupa
  • Mudah marah
3. Tingkah laku
  •  Bagi yang merokok, kecenderungan untuk merokok lebih tinggi
  • Pengambilan ubat yang tidak terkawal
  • Terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan alkohol
  • Tindakan luar kawal


0 ulasan:

Catat Ulasan