KENALI GASTRIK

Edit
Gastrik adalah salah satu penyakit atau risiko kesihatan yang biasa dialami di kalangan orang dewasa. Tapi jika kita lihat sekarang, pelajar sekolah rendah ada juga yang menghidap gastrik. Kenapa??


Pesakit gastrik semakin bertambah

Jika kita mengalami sakit perut apabila tidak makan atau lambat makan, biasanya kita akan kaitkan dengan gastrik. Jom kita kenali serba sedikit tentang penyakit ini, supaya kita boleh membezakan antara gastrik dengan sakit perut yang bukan disebabkan gastrik.

 

Gastrik dalam istilah perubatan bermaksud 'gastritis'
Ia bermaksud keradangan pada lapisan perut. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba dalam jangka masa yang pendek (acute) atau secara berperingkat dalam jangka masa yang panjang (chronic).

Apa pula ulser peptik?? Ia sering juga dikaitkan dengan gastrik.
Ulser peptik adalah luka kecil yang berlaku pada permukaan lapisan perut, duodenum iaitu bahagian pertama pada usus kecil atau bahagian bawah esofagus. Keradangan pada bahagian perut boleh menyebabkan ulser yang jika dibiarkan boleh menjadi lebih serius.

Ulser peptik pada lapisan perut, duodenum dan esofagus

Permukaan lapisan perut mempunyai sel yang berfungsi untuk mengeluarkan asid dan enzim untuk pencernaan. Ia juga mengeluarkan mukus yang berperanan untuk melindungi permukaan lapisan perut. Apabila keradangan berlaku, hanya sedikit enzim dan mukus yang dirembeskan. Ini menyebabkan permukaan lapisan perut akan lebih mudah terhakis kerana kekurangan mukus yang memberi perlindungan kepadanya. Ini menyebabkan luka kecil dan pada tahap ini ia dipanggil ulser peptik.


FAKTOR PENYAKIT / PENYEBAB
Penyakit ini dipercayai disebabkan oleh ketidakseimbangan kandungan asid dan pepsin di dalam usus. Pengeluaran asid yangb berlebihan menyebabkan terjadinya ulser.

Bagaimanapun, pada tahun 1982, dua orang saintis Warren dan Marshall telah mengaitkan bakteria Helicobacter pylori (H.pylori) dengan ulser. Didapati sehingga 80% ulser disebabkan oleh bakteria ini. Bakteria ini boleh hidup dalam keadaan yang berasid tinggi kerana ia boleh mengeluarkan sejenis enzim untuk meneutralkan asid tersebut.

Antar faktor yang mempengaruhi penyakit ini:
  • Pengambilan alkohol yang kerap dan berlebihan.
  • Penggunaan ubat tahan sakit / anti-keradangan yang bukan steroid seperti aspirin dan ibuprofen. Ubat-ubat ini boleh menyebabkan gastrik jika diambil dalam jangka masa yang agak lama.
  • Jangkitan virus, kulat atau bakteria seperti Helicobacter pylori. Bakteria ini mudah merebak di kawasan yang kurang bersih dan masuk ke dalam badan melalui makanan dan air.
  • Penyakit auto-immune, di mana sistem immunisasi menyerang sel-sel di bahagian permukaan perut menyebabkan kurang penghasilan enzim dan mukus.
  • Refluks hempedu iaitu aliran balik hempedu ke dalam perut.
  • pernicious anaemia, satu penyakit kekurangan darah merah di mana perut tidak dapat menyerap vitamin B12.
  • faktor lain seperti merokok, tekanan dan aturan makanan yang tidak teratur.

TANDA-TANDA GASTRIK
  • Sakit perut di bahagian atas perut, pedih ulu hati orang kita cakap (antara pusat dan tulang bawah dada)
  • Rasa loya
  • Muntah. Mungkin jernih, kuning atau kehijauan, mengandungi jalur darah atau darah sepenuhnya bergantung kepada tahap penyakit.
  • Mengalami angin. Sendawa dan kentut yang kerap, kembung perut.
  • Hilang selera makan, turun berat badan.
  • Najis menjadi hitam atau gelap, merupakan komplikasi penyakit ini di mana ulser tersebut telah mengalami pendarahan.
**komplikasi ulser peptik boleh menyebabkan ulser membengkak dan membesar di dalam perut serta boleh menembusi perut dan merebak ke bahagian lain. Jangkitan Helicobacter pylori meningkatkan risiko untuk mendapat kanser perut 3 hingga 6 kali leih daripada orang biasa.

 


LANGKAH YANG BOLEH DILAKUKAN
  • Makan yang kerap, ambil makanan ringan antara makanan utaman seperti biskut dan coklat untuk mengelakkan perut kosong.
  • Jauhkan perkara yang boleh memburukkan lagi ulser seperti tekanan dan merokok.
  • Pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, brocolli dan kubis dapat membantu melindungi lapisan permukaan perut.
  • Amalkan pengambilan probiotik (bakteria baik) dalam makanan.
  • Tambahkan zink dalam makanan untuk proses penyembuhan.
  • Ubat-ubatan untuk meneutralkan asid dalam perut dan antibiotik untuk menghilangkan jangkitan bakteria. 

Info tambahan:
Sekiranya ulser tidak dikawal ia boleh menyebabkan masalah yang lebih serius
1. Haemorrhage iaitu pendarahan dalaman yang teruk. Akibatnya pesakit akan kehilangan banyak darah, mungkin muntah darah dan mendapati darah dalam najis mereka.
2. Lubang akan terbentuk di dalam lapisan usus. Ini boleh menyebabkan acute peritonitis dan memerlukan pembedahan segera.
3. Perjalanan makanan dalam usus boleh terhalang apabila terdapat parut disebabkan ulser yang menyebabkan  pesakit muntah dan hilang berat badan.



ATASI GASTRIK DENGAN SHAKLEE

Cadangan set untuk gastrik


Boleh ditambah dengan Zinc dan Alfalfa


Antara testimoni pengguna
 
Testimoni pengguna-1
Testimoni pengguna-2

Testimoni pengguna-3

Saya perlukan SET GASTRIK Shaklee >>KLIK SINI





 

 
  












1 ulasan: