TIROID

Edit
Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon terpenting ialah ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.
Kelenjar tiroid

 
PENYAKIT KELENJAR TIROID
Penyakit ini boleh berlaku apabila hormon tiroid yang diperlukan oleh tubuh badan kita tidak stabil. Ia boleh menyebabkan kanser. Antara yang berisiko dengan masalah penyakit kelenjar tiroid ialah:
  • perempuan, lebih ramai mengidap penyakit tiroid berbanding lelaki
  • genetik
  • menghidap penyakit pituitari atau endokrin yang lain
  • usia 60 tahun ke atas
  • merokok

Penyakit ini ada dua jenis:
  1. Hipertiroidisme : pengeluaran hormon tiroid lebih tinggi daripada orang biasa
  2. Hypotiroidisme : pengeluaran hormon tiroid kurang / tidak cukup daripada yang diperlukan
Hypertiroidisme vs Hipotiroidisme

Antara penyebab hypertiroidisme ialah:
  • Grave's disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya sebahagian besar sel tiroid individu ini mengeluarkan hormon berlebihan
  • Thyroiditis (tiroid bengkak). Biasanya keadaan ini boleh elok sendiri
  • Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin dalam makanan, boleh dikawal dengan cara mengawal pemakanan

Tanda-tanda penghidap hipertiroidisme:
  • Bengkak di leher
  • Cirit-birit
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  • Haid tidak teratur
  • Penumpuan kurang
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • Angin yang tidak menentu
  • Kejang otot, osteoporosis
  • Pengeluaran peluh banyak, kulit lembap
  • Suhu badan naik, tak tahan panas
  • Rambut tidak kuat
  • Sukar bernafas, sukar tidur
  • Tekanan darah naik
  • Turun berat badan walaupun selera naik
 
 Tanda-tanda hipotiroidisme:
  • Masalah memori terganggu
  • Malas, kuat tidur
  • Merasa sakit di seluruh anggota badan
  • Bengkak kaki
  • Berat badan meningkat
  • Badan selalu rasa sejuk
  • Mudah mengalami stress dan penat
  • Masalah jantung dan tekanan darah rendah
  • Tindakan reflek menjadi lambat
  • Sembelit

Antara penyebab hipotiroidisme:
  •  Genetik
  • Adanya kemusnahan kelenjar tiroid
  • Penggunaan ubat-ubat tertentu
  • Gangguan kelenjar pituitary
  • Kehamilan


RAWATAN HOSPITAL
Pengidap hipotiroidisme mudah dirawat. Namun, mereka perlu mengambil hormon tiroksin seumur bagi memastikan hormon tiroid yang diperlukan badan mencukupi. Dos ubat bergantung kepada paras hormon tiroid dalam badan pesakit.

Bagi penghidap hypertiroidisme pula, mereka perlu mengambil  iodin beradioaktif untuk memusnahkan sebahagian hormon tiroid yang berlebihan. Pembedahan juga boleh menjadi salah satu rawatan kepada pesakit ini untuk membuang sebahagian kelenjar tiroid.

Kelenjar tiroid yang membesar

Selain daripada rawatan hospital, penghidap penyakit tiroid juga boleh mengawal pemakanan mereka dan mereka perlu tahu apa makanan yang sesuai dan tidak sesuai untuk mereka. Ini penting untuk memastikan paras hormon tiroid dalam badan mereka berada dalam keadaan stabil.
Piramid makanan, kenal pasti makanan anda jika anda menghidap tiroid

Hypertiroidisme perlukan diet rendah iodin kerana badan mereka mengandungi lebih hormon tiroid di mana iodin meningkatkan penghasilan hormon tiroid. Oleh itu, elakkan makanan tinggi iodin. Tambahkan makan soya, kubis, sawi, kekacang, bayam dan brokoli kerana makanan ini mengurangkan penghasilan hormon tiroid.

Manakala untuk hipotiroidisme pula, perlu elakkan makanan di atas kerana mereka perlu menghasilkan lebih hormon tiroid. Banyakkan pengambilan makanan beriodin juga membantu seperti pisang.


RAWATAN ALTERNATIF: MAKANAN TAMBAHAN
Pesakit tiroid boleh dibantu dengan pengambilan suppliment yang betul. Pastikan kandungan suppliment yang perlu anda ambil terlebih dahulu.
Untuk suppliment Shaklee, penghidap hipertiroidisme tidak boleh mengambil VITA-LEA dan ALFALFA kerana di dalamnya mengandungi iodin, sedangkan pesakit ini sudah tinggi hormon tiroid di dalam badan. Jadi pengambilan unsur-unsur iodin perlu dielakkan.

Manakala penghidap hipotiroidisme tidak boleh mengambil ESP yang akan mengganggu penghasilan hormon tiroid. CAROTOMAX juga tidak digalakkan kerana ia memerlukan hormon tiroid untuk penukaran beta-carotene kepada vitamin A. 


Jom tengok cadangan untuk penghidap hypertiroidisme

  • Energizing Soy Protein >> mengandungi estrogen yang mengurangkan penghasilan hormon tiroid
  • VITA E >> bersifat anti-oksidan yang melawan radikal bebas
  • VITA C >> penting di dalam keadaan stress
  • B-Complex >> memperbaiki pengoksidaan dan penghasilan tenaga

Ini pula cadangan untuk penghidap hipotiroidisme

 
  • VITA-LEA >> mengandungi iodin (hasilkan hormon tiroid), vit A dan D (meningkatkan keberkesanan hormon tiroid yang aktif), E, B2 dan B3 dan B6 (membantu penghasilan hormon tiroid) dan zink (proses penghasilan tiroksin yang ditukarkan kepada hormon tiroid)
  • VITA E >> bersifat anti-oksidan yang melawan radikal bebas
  • VITA C >> dos rendah digalakkan
  • B-Complex >> memperbaiki pengoksidaan dan penghasilan tenaga

VIVIX juga merupakan cadangan suppliment untuk penghidap hipertiroid dan hipotiroid 



Anda menghidap penyakit kelenjar tiroid??
Berminat untuk mencuba rawatan alternatif dengan pengambilan suppliment shaklee??

Anda boleh hubungi saya
Wanie 0177207547

atau

Pembelian secara online dengan harga retail


0 ulasan:

Catat Ulasan