OMEGA-3 VS OMEGA-6

Edit
Tubuh kita memerlukan asid lemak untuk kekal sihat dan berfungsi dengan baik. Kekurangan asid lemak tertentu dikaitkan dengan pelbagai gangguan kesihatan seperti kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, risiko penyakit jantung dan tekanan. Asid lemak ini boleh diperoleh daripada sumber makanan harian kita. Namun begitu, ia boleh juga didapatkan daripada makanan / suppliment tambahan.

Terdapat banyak jenis asid lemak dengan manfaat kesihatan spesifik tertentu. Tiga jenis asid lemak yang penting ialah omega-3, omega-6 dan omega-9. Kita lebih biasa dengan asid lemak omega-3 kan?? Tahukah anda tubuh kita juga memerlukan omega-6 dan omega-9. 

Asid lemak dalam bentuk suppliment



Omega-9 tidak dianggap sebagai asid lemak perlu kerana tubuh kita boleh menghasilkan sejumlah kecil omega-9 dengan adanya omega-3 dan omega-6. Ia mempunyai pelbagai manfaat kesihatan seperti menurunkan kolesterol, mengurangkan gejala radang sendi, meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan mengurangkan rambut gugur.

Ia juga boleh diperoleh daripada berbagai makanan seperti minyak zaiton dan minyak bijan.


Omega-3 dan Omega-6
Omega-3 dan Omega-6 merupakan asid lemak perlu kerana badan kita tidak mampu menghasilkannya dan perlu didapatkan daripada sumber makanan dan suppliment tambahan.

Sumber omega-3 utama ialah ikan. Selain itu, omega-3 terdapat di dalam telur ayam, kedelai, minyak biji flax dan walnut.

Antara sumber omega-3 dan omega-6
Sumber omega-6 adaah daripada minyak sayuran, biji bunga matahari, biji rami, kacang kedelai, labu dan biji kenari. Makanan ringan yang kita makan juga mengandungi omega-6.

Omega-3 terdiri daripada EPA, DHA dan ALA. Manakala omega-6 mengandungi LA dan GLA seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah:
http://cerita-cerita.net/wp-content/uploads/2011/02/fungsi-Omega-3.jpg
Perbezaan kandungan Omega-3 dan Omega-6

Ia mempunyai fungsi yang saling berkaitan. Keduanya membantu memelihara kesihatan kulit, hormon, mengurangkan risiko penyakit jantung, mengurangkan gejala asma, mengelakkan kerosakan sel dan lain-lain. Tubuh kita akan mendapat manfaat kesihatan daripada omega-3 dan omega-6 jika keduanya diambil dalam kuantiti yang seimbang dan diperlukan badan. 

Nisbah yang disarankan untuk pengambilan omega-3 dan omega-6 adalah 2:1 atau 1:1. Omega-3 haruslah dilebihkan pengambilannya. Ini kerana omega-6 berkemungkinan penyebab keradangan, manakala omega-3 diyakini mampu mencegah terjadinya keradangan yang disebabkan oleh omega-6.

Omega-6 perlu diambil dalam kuantiti yang diseimbangkan dengan omega-3 kerana jika tidak diseimbangkan, ia boleh meningkatkan peluang mendapat risiko kesihatan dan tekanan.


Antara kesan jika pengambilan omega-6 tidak seimbang dengan omega-3:
Inflamasi/keradangan    Omega-3: mengurangkan keradangan
Omega-6: meningkatkan keradangan
Pembekuan darah  
Omega-3: membantu menghalang pembentukan darah beku
Omega-6: menggalakkan pembekuan darah

Cholesterol-lowering agent 
Omega-3: merupakan agent untuk mengurangkan paras kolesterol, di mana ia akan mengekalkan paras trigliserida normal, merendahkan aras kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan aras kolesterol baik (HDL)
Omega-6: tidak berfungsi untuk merendahkan paras kolesterol


Beberapa langkah untuk mengurangkan pengambilan omega-6:
  • ganti sereal biasa dengan yang mengandungi flax seed
  • hindari makanan ringan kerana kandungan omega-6 yang tinggi
  • kurangkan marjerin
  • biasakan memeriksa label makanan untuk mengelakkan hydrogenated oil (minyak yang diproses dengan hidrogen bertekanan tinggi)
  • lebihkan pengambilan ikan laut berbanding ikan air tawar atau yang diternak




0 ulasan:

Catat Ulasan